Sistem Pengurusan Maklumat Penyelenggaraan Bersepadu. Centralised Information Maintenance Management System (CIMMS)

Sistem Pengurusan Maklumat Penyelenggaraan Bersepadu atau secara ringkasnya CIMMS dibangunkan untuk mengumpulkan data-data daripada semua aplikasi syarikat konsesi tersebut ke dalam satu pangkalan data. Data-data tersebut kemudian akan disepadukan, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah dicapai dan difahami oleh pegawai-pegawai KKR. Dengan hanya sekali 'login', pegawai-pegawai KKR boleh mencapai maklumat kerja-kerja penyelenggaraan dari mana-mana syarikat konsesi tanpa mengira waktu dan tempat.