Penyenggaraan Jalan Persekutuan

Kementerian Kerja Raya bertanggung untuk menyelenggara Jalan Persekutuan sepanjang 18,574.54 kilometer. Bagi kontrak penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan, sebanyak lima (5) syarikat konsesi telah dilantik oleh Kerajaan.

Pada masa ini, terdapat beberapa syarikat konsesi yang dilantik telah mempunyai sistem pengurusan  penyenggaraan masing-masing.  Walau bagaimanapun, sistem-sistem tersebut tidak seragam dan ini telah menyukarkan pihak KKR terutamanya Bahagian Kawal Selia Penyenggaraan (BKS) untuk mengurus dan memantau pelaksanaan penyenggaraan yang dilakukan oleh syarikat konsesi.

Maklumat penyenggaraan jalan yang diperlukan oleh pihak Kementerian dalam memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh konsesi adalah:

a) Maklumat Asas Jalan Persekutuan
b) Sistem Operasi Penyenggaraan
c) Sistem Pengurusan Penyenggaraan Rutin
      i. Turapan (RO1)
      ii. Penyenggaraan Bahu Jalan (RO2)
      iii. Pemotongan Rumput (RO3)
      iv. Penyenggaraan Perabot Jalan (RO4)
      v. Penyenggaraan Jambatan & Pembetung (RO5)
      vi. Mencuci Longkang (RO7)
      vii. Pemeriksaan Rutin (B)
d) Sistem Pengurusan Kerja Kecemasan
e) Sistem Pengurusan Penyenggaraan Berkala Turapan & Bukan Turapan
f) Peruntukan Tahunan
g) Rekod Bayaran
h) Makluman Kerosakan / Bencana
i) Laporan
j) Modul untuk Konsesi :
      i. Pangkalan data bagi syarikat konsesi
      ii. Pangkalan data bagi subkontraktor yang dilantik konsesi