Konsesi

3 syarikat konsesi Jalan Persekutuan di Semenanjung dan 5 syarikat konsesi di Sabah, Sarawak dan Labuan yang menyelenggara Jalan Persekutuan. 3 syarikat konsesi untuk menyelenggara Bangunan Gunasama Persekutuan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan ini bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan bagi memastikan jalan dan bangunan persekutuan berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Mereka melakukan kerja rutin atau berkala yang telah ditentukan jadual mengikut selang masa tertentu. Antara kerja-kerja tersebut adalah memotong rumput di jalan raya, membersihkan longkang dan menyelenggara lif. Disamping kerja-kerja berjadual, syarikat konsesi juga terlibat untuk melakukan penyenggaraan kecemasan seperti membaiki jalan yang akibat tanah runtuh, jambatan runtuh dan bangunan yang rosak akibat bencana alam seperti ribut atau banjir.