
Penyenggaraan Bangunan Persekutuan
Terdapat 117 buah bangunan persekutuan di seluruh Malaysia yang diselenggara oleh Kementerian Kerja Ray. Bagi kontrak penyenggaraan Banguanan Persekutuan, Kerajaan telah melantik tiga (3) syarikat konsesi bagi melaksanakan penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan termasuk kuarters-kuarters Kerajaan.
Pada masa ini, terdapat beberapa syarikat konsesi yang dilantik telah mempunyai sistem pengurusan penyenggaraan masing-masing. Walau bagaimanapun, sistem-sistem tersebut tidak seragam dan ini telah menyukarkan pihak KKR terutamanya Bahagian Kawal Selia Penyenggaraan (BKS) untuk mengurus dan memantau pelaksanaan penyenggaraan yang dilakukan oleh syarikat konsesi.
Maklumat penyenggaraan bangunan yang diperlukan oleh pihak Kementerian dalam memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh konsesi adalah:
a) Maklumat Asas Bangunan
b) Sistem Operasi Penyenggaraan
c) Arahan Kerja
d) Peruntukan Tahunan
e) Tuntutan Bayaran
f) Program Kerja
g) Sistem Pengurusan Sub-Kontraktor
h) Makluman Kerosakan / Bencana
i) Laporan
Senarai Bangunan Persekutuan adalah seperti berikut


